fbpx

Siti Nurhaliza Reda Andai Allah Tarik Kemerduan Suara

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata beliau  bersedia jika berdepan masalah vokal dan pernafasan sewaktu proses rakaman album terbaru, SITISM.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik BH Online, Siti berkata beliau juga terima dengan hati terbuka komen daripada peminat serta reda jika suatu hari nanti kemerduan suaranya ditarik Allah.

BACA: Umur 14 Tahun Baru Siti Nurhaliza Merasa Makan KFC

“Sampai suatu ketika, apabila masalah vokal ini lama hendak pulih, dalam diri, Siti sudah reda jika Allah hendak tarik sikit suara ini.

“Pada usia 40-an, kalau Allah hendak bagi suara Siti serak atau kasar, Siti okay sahaja. Saya anggap ini sebagai ingatan daripada Allah. Siti akan jaga sebaiknya. Dalam keadaan sekarang, Siti hanya nyanyi ikut kemampuan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti mengatakan dia pernah tertekan namun tidak berputus asa untuk memulihkan kembali vokalnya dengan mendapatkan rawatan pakar.

“Suara ini aset bagi artis dan besar maknanya. Rasa tertekan itu ada, tetapi Siti tidak terlalu memikirkannya. Bagaimanapun, dalam hati, Siti berharap masalah vokal ini dapat diatasi.

“Selain kerap bertemu pakar, Siti berdoa depan Kaabah ketika menunaikan umrah, Ramadan lalu. Siti berdoa masalah vokal ini segera pulih dan dapat siapkan proses rakaman album SITISM yang sudah beberapa kali tertangguh,” katanya.