Siti Nurhaliza Pilih Nama Anak Kedua Muhammad Afwa
Genap seminggu kelahiran, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan nama anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa.
Siti turut berkongsikan maksud namanya iaitu keampunan atau kemaafan. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Siti memuat naik wajah putera hatinya itu.
BACA: Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua
“Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia tujuh hari.
“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar anak keduanya itu sentiasa berada dalam keampunan dan kemaafan Yang Maha Esa.
“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
“Afwa melengkapkan ‘afiyah’ dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap ‘afiyah’.
“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah SWT dan kita semua juga di dalam lindungan-Nya,” tulisnya.
Terdahulu, Siti selamat melahirkan anak kedua pada 19 April lalu menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.
- SUMBER
- Harian Metro
Muka siti saerah.
semua ibu & bapa semestinya mencari nama yg baik & bermaksud elok utk bayi yg baru lahir..
cuma bila ak pompuan si afiyah besar nanti janganlah jadi perampas laki orang & jadi peruntuh masjid kaum hawa yg lain yea.. seumur hidup rasa bersalah & X berkat..
yg tak suka kata2 Iuolls mesti suka bila suami dirampas & curang… awak diceraikan kerana gundik yg lebih muda sebaya si anak… adaoiii.. $$
Perampas mmg x malu..
anak x salah. yang salah mak dia. tapi yang lagi salah dia dato k. gateeeiii sampak ke tua gateii burung jeee x reti nak basuh gak nyeee
Astaqfirullahhal a’zim…
Apalah dosa mereka pada anda.
Mereka bkn berzina.Halalan toyyiban.
Hebat sangat ke kita ni nak atur maut jodoh pertemuan orang.
Tak payah la nk hukum org ikut selera sendiri.diri sendiri pn bkn betul sangat
alhamdulillah. rezeki , rahsia Allah, berikan zuriat yg baik2, lahir dalam keluarga yg senang dan tak perlu risau akan masalah keduniaan. tumpukan pd akhirat jer.
Kifarah Jgn Salahkan Takdir, Tuhan Beri Kita Akal Utk Berfikir!
Ishh
Toyol
menjawablah kalian diakhirat nanti…. dlm bulan Ramadhan ni pun mulut Allahuakbar….. tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku pada kalian..dimadukan diceraikan atau bermadu…berlaku pada diri sendiri atau ahli keluarga
Muhammad Afwa …… comellllll……Subhanaallah
knp mulut dua ekor syaitan tu mcm tu… xsuke jgn tgk.. bukan mngata org cmtu
Muhammad Afwa ……. comelllll….Subhanaallah
kan jodoh pertermuan dan ajal maut ini semua sudah di atur oleh yg maha Esa Allah. Kenapa kita nak pertikai kan ini semua. Masing2 sudah ada kehidupan sendiri. Mereka pun tidak bermusuhan.. kenapa kita yg sakit hati.
Ygni comel rasenye.muka mcm siti skit kot.tp lain skit dr aafiyah.tahniah dh dpt spsang tokti
toyol kalo ckp tak pernah tak bodoh..loser sgt hidup tu setiap artikel mesti ade dia memaki hamun. setakat maki kat blkg screen tkde org kenal
Takde istilah rampas merampas dlm Islam. Bongok. Pegi belaja agama semula, tak pun pegi amek kursus kawin semula. Jgn meyumpah org smpai keturunan org pun ko nk sumpah. Kang ko termakan sumpah ko sendiri.
Siti nurhaliza manusia yang paling bertuah di muka bumi. Ada segala galanya. Apa dia nak Allah bagi. Netizen yang kutuk siti adalah manusia yang paling malang di dunia. Serba kekurangan. Kurang duut, kurang bahagia, kurang adab, kurang kasih sayang, kurang orang suka, tu yang keles mengutuk siti tu. Kesian kesian.
Siti nurhaliza manusia yang paling bertuah di muka bumi. Ada segala galanya. Apa dia nak Allah bagi. Netizen yang kutuk siti adalah manusia yang paling malang di dunia. Serba kekurangan. Kurang *duit, kurang bahagia, kurang adab, kurang kasih sayang, kurang orang suka, tu yang *JELES mengutuk siti tu. Kesian kesian.
Siti nurhaliza manusia yang paling bertuah di muka bumi. Ada segala galanya. Apa dia nak Allah bagi. Netizen yang kutuk siti adalah manusia yang paling malang di dunia. Serba kekurangan. Kurang duit, kurang bahagia, kurang adab, kurang kasih sayang, kurang orang suka, tu yang JELES mengutuk siti tu. Kesian kesian.