fbpx

Siti Nurhaliza Mahu Jadi Ibu Angkat Anak Shahira & Ijoy

Ketika berlangsungnya majlis cukur jambul anak kecil pasangan Shahira & Ijoy, Auddra, Datuk Siti Nurhaliza ada datang untuk mengambil bahagian.

Mungkin kerana naluri keibuan pada Siti Nurhaliza timbul melihat keajaiban ciptaan Ilahi, terdetik di’hati Siti Nurhaliza untuk menjadikan Auddra sebagai anak angkat.

Siti Nurhaliza ada meminta izin untuk meminjam Auddra untuk di’jaga buat sementara & pasangan itu bersetuju. Kool kan?

“Siti beritahu saya, dia nak pinjam Auddra. Dia kata nak jaga untuk sementara. Saya dan suami tak kisah. Apa salahnya kalau dia nak pinjam dan jadi ibu angkat kepada Auddra”

Sudah sampai masanya Siti Nurhaliza ada perasaan inginkan anak sendiri. Sama-samalah kita doakan supaya pasangan Siti Nurhaliza & Datuk K cepat di’kurniakan cahaya mata.