fbpx

Siti Nurhaliza Lancar Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19

Meneruskan dana yang diusahakan tahun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19, hari ini.

Merupakan kesinambungan daripada Dana PKP sebelum ini, Siti berkata apa yang diusahakannya itu adalah kerana Allah dan tiada kepentingan peribadi.

BACA: Siti Nurhaliza Akur Dikompaun, Hormat Keputusan Pihak Berkuasa

“Ia kini dikenali dengan nama baharu untuk bantuan khas terkini iaitu Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa & CTDK Holdings.

“Apa jua usaha yang saya, suami, anda dan kita semua lakukan, saya yakin niat dan fokus adalah sama dan tidak ada lain kerana Allah SWT serta Dia Maha Mengetahui. Apa yang kita usahakan adalah dari niat dan keikhlasan dan tiada apa-apa kepentingan peribadi,” katanya.

Menurut Siti, bantuan khas terbabit bertujuan bagi mengumpul dana untuk beberapa inisiatif khusus buat rakyat Palestin dan bantuan Covid-19 pula buat mereka yang terkesan berikutan pandemik.

“Memberi bantuan kecemasan, kebajikan, kemanusiaan dan pembangunan bagi rakyat Palestin. Bantuan khas Covid-19 meliputi bantuan kelangsungan hidup kepada barisan hadapan dan juga mangsa atau keluarga mangsa Covid-19 yang menghadapi masalah dan sebagainya,” katanya.

Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19 dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings dilancarkan tepat jam 12 tengah hari,