fbpx

Siti Nurhaliza Luah Rasa Kesal Isu Tabung Haji

Ketika ini, sedang hangat isu mengenai Tabung Haji membeli satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB diperkatakan dan dalam masa yang sama, Datuk Siti Nurhaliza turut melahirkan rasa kesalnya terhadap perkara tersebut.

BACA: Siti Nurhaliza Perjelaskan Isu Ambil Anak Angkat

Siti Nurhaliza Kesal Isu Tabung Haji - ROTIKAYA_in text

“Sangat memalukan dengan apa yang terjadi dengan kes Tabung Haji..Ya Allah lindungi kami,” luah Siti di laman Twitter miliknya menyatakan kebimbangannya terhadap apa yang terjadi sekaligus mendapat sokongan dan ratusan retweet daripada peminatnya.

Baru-baru ini, ramai yang membantah keputusan Tabung Haji untuk membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dengan nilai RM188.5 juta demi untuk membantu menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh pihak 1MDB.

Sehubungan itu, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim, hari ini meminta semua pendeposit supaya tidak risau dengan provokasi politik yang kini tersebar meluas di media sosial di samping menjelaskan bahawa pihak Tabung Haji tidak mengambil langsung duit pendeposit untuk membeli tanah 1MDB.