fbpx

Siti Nurhaliza Dedah 5 Kali Buat IVF Sebelum Dapat Aafiyah

Selama 11 tahun menanti, kelahiran Siti Aafiyah bukan saja ditunggu-tunggu oleh kedua ibu bapanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K, malah seluruh peminat juga tidak sabar untuk melihat wajah si comel ini.

Selepas 4 bulan melahirkan Aafiyah, ini kali pertama penyanyi nombor satu negara ini membuka mulut bercerita kepada umum mengenai pelbagai rawatan dan usaha yang dilakukan sebelum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi program terbaru Ustaz Ebit Lew, Siti memberitahu pelbagai kaedah dan rawatan yang dilakukan oleh beliau. Sebut sahaja baik rawatan tradisional mahupun rawatan moden, segalanya sudah dicuba namun tidak berjaya.

“10 tahun itu adalah satu tempoh yang lama tapi saya dah kuat kerana saya dah positif dan fikirkan yang baik saja kepada Allah sebab saya dah cuba macam-macam rawatan.

“Pergi berurut, buat rawatan tradisional dan juga rawatan moden. Saya dah buat IVF lima kali tapi tak cerita pada orang kerana tak nak nanti orang kata itu pun nak cerita.

“Ada sesetengah cakap dan tulis, ada duit banyak pun tapi tak nak berusah, padahal saya dah usaha cuma saya tak beritahu sahaja,” ujar Siti.

Semoga perkongsian Datuk Siti ini menjadi inspirasi kepada wanita diluar sana yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak agar tidak putus asa dan terus berdoa.