fbpx

Fasa awal berhubung cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara ke atas penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah dibuat di Kementerian Komunikasi.

Memetik Harian Metro, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara tersebut sudah melalui proses perbincangan dalaman dan akan percepatkan proses itu.

BACA: Perkongsian Siti Nurhaliza Di IG Story Tanda Tanya

“Perkara ini sudah dibuat secara perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya komen lanjut. Kita cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu. Saya takkan komen lebih. Saya cuma ada bangkitkan dan akan ikut proses itu dan ambil masa,” katanya.

Terdahulu, kejayaan Siti ketika menganjurkan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu menjadi perhatian ramai dan ada yang menyarankan agar penyanyi itu wajar diberikan gelaran Biduanita Negara.

Sementara itu, Siti tidak meletakkan harapan untuk diberikan gelaran itu dan baginya dia suka melihat peminatnya gembira. Ujarnya lagi, apa yang dilakukannya itu adalah kerana minat dalam bidang nyanyian.

Gelaran Biduanita Negara buat masa ini hanya diberikan kepada dua penyanyi saja iaitu Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

SUMBER: Harian Metro