fbpx

Get ready gais! Festival Usahawan Gempak akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dari 7 hingga 9 April ini.

Bukan itu jer, bazar Raya paling riuh ini turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah menarik serta Baucar Rahmah berjumlah RM40,000 untuk diagihkan kepada para pengunjung bagi memudahkan mereka membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri! Wah, bestnya.

Ramai Usahawan Tempatan Turut Serta

Seramai 150 usahawan tempatan akan membuat jualan di festival ini tau gais. Antara jenama-jenama terkenal yang turut serta ialah SimplySiti, Farm Fresh, Siti Khadijah, Kekaboo, Hush Puppies, Wonderlab (CUCKOO), CK Rahim, Obermain, Samu Giken, Inai Scarves, Absolut Chocolat, dan beberapa jenama tempatan yang lain.

Selain itu, orang ramai turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis dan kebudayaan, kemunculan selebriti dan KOL terkenal seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Boss Susu, Lah Ahmad, serta peluang ‘Meet & Greet’ bersama Ruhainies, Uyaina Arsyad, Adriana Adnan, Lan Solo, Bella Astilah, Nadiya Shahab dan ramai lagi!

Paling menarik, Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari pun akan turut hadir dalam pemberian Anugerah Usahawan Gempak pada 8 April kepada 10 usahawan tempatan berimpak tinggi nanti. Fuh, confirm meriah habis!

Anda juga diberi peluang untuk menyaksikan festival “Livestream” di studio strim langsung yang akan dikendalikan oleh Lazada selama 3 hari berturut-turut di dalam kawasan festival tau. Bukan kaleng-kaleng nih.

Datang Ramai-ramai Tau!

Jadi, jangan tunggu lagi gais, anda semua dijemput hadir untuk membeli-belah di festival ini sambil memberi sokongan kepada para usahawan tempatan. Sambil anda shopping-shopping tu boleh juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti sebuah motosikal, televisyen, iPad, dan banyak lagi. Amacam? On tak on?

Untuk info anda, Festival ini merupakan salah satu elemen paling penting dalam Inisiatif Smart Raya Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Sidec.

16 Mac 2023, Sidang Media Pengumuman Inisiatif Smart Raya Selangor 2023. Dari kiri: Ahmad Salman, Pembantu Pengurus, Jabatan E-Dagang Sidec; Ahmad Azri Zainal Nor, Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI); YB Dato’ Teng Chang Khim, Exco Industri dan Perdagangan Negeri Selangor; Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec; Raymond Lee Wei Hwa, Ketua Bahagian, SWAT, Perbankan Perusahaan, AFFIN BANK; Nur Syuhaida Jamalluddin, Penyelaras Projek Wavpay Systems Sdn Bhd

Program ini ditaja oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan disokong oleh AFFIN Bank sebagai Rakan Bank Rasmi, Wavpay sebagai Rakan E-Dompet, Yes 5G sebagai Rakan Telco 5G Rasmi, SUBPLACE dan Lazada sebagai Rakan E-Dagang serta sokongan daripada agensi-agensi kerajaan negeri.

Anda boleh mendapatkan info terkini tentang Festival Usahawan Gempak di laman media sosial Sidec (@sidecmy).

Psst..save the date tau. Mana tahu boleh selfie dengan artis kesayangan anda tu. Hehe. Jumpa di sana!