Siti Nordiana Nafi Bercinta Dengan Pengurus Sendiri
Menjawab kembali mengenai khabar angin bahawa dirinya bercinta dengan pengurus, Siti Nordiana atau Nana menafikan perkara tersebut dan dalam masa yang sama menerima berita tersebut sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan selebriti.
BACA: Siti Nordiana Jalin Cinta Dengan Pengurus Sendiri?
“Memang tiada sebarang hubungan cinta antara saya dan Anas. Mungkin orang tengok dia selalu ke hulu ke hilir bersama saya atas urusan kerja, jadi mereka pantas menganggap adanya hubungan istimewa antara kami”
“Anas sudah lama menjaga kerjaya seni saya, sejak berada di bawah bumbung syarikat FMC lagi. Malah, saya juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita,” jelasnya melalui BH Online.
Tambah Nana, ketika ini dia selesa dengan status ibu tunggal bersama anak lelakinya, Mohamad Rayyan Nakhaie. Nana dan Faizal berkahwin pada 2006 dan berpisah tiga tahun kemudian. Faizal yang kemudian berkahwin lain meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011. (rtky/s)
Just ignore this kind of rumour if its not right. Just keep going and improve your singing skills for the benefit of the entertainment industry. Go go nana… you can do it!
Legaa dengarnya
tak ada cerita …. reka cerita..lumrah dunia artis.
Ade can la ni… Hahaha
kerja sambilan. klik sahaja http://bit.ly/1ViWsUH
suka nana…..ibu tunggal yg pandai jaga diri
buat duit dari survey http://vacantsurvey.com/?p=68669