fbpx

Siti Elizad Mula Hafal Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Hikmah disebalik pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Siti Elizad mengambil peluang dengan menghafal surah ayat-ayat suci Al-Quran.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elizad memuat naik video sedang menghafal ayat surah Al Waqiah. Elizad berkata dia mula menghafal beberapa surah selepas mendapat inspirasi daripada sahabat-sahabatnya yang berkongsikan video bacaan mereka di media sosial.

BACA: Sudah Lama Simpan Niat, Doa Suami Elizad Untuk Bertudung Termakbul

“Kemanisan musim pandemik, saya cuba hafal beberapa surah. Terinspirasikan sahabat-sahabat yang berkongsi video bacaan mereka di media sosial . Jadi hari ni saya cuba dengan Al Waqiah. Ada 96 ayat. Maaf banyak lupa, banyak kesalahan lagi dan tajwid, tak merdu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elizad berkata dia terbuka menerima teguran serta mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang sudi membimbingnya dalam membaca Al-Quran. Kata Elizad lagi, dia turut berpesan jika ada pihak yang kurang senang dengan perkongsiannya agar hide sahaja entri tersebut.

“Inshaallah slowly cuba hafal lagi . Apa pun saya terbuka dgn semua teguran. Mekasih Ustaz Khairullah dan Ustaz Hadi yang banyak membimbing saya yg jahil ini,” tulisnya.

“Pada yang rasa tak suka dan tak berminat tengok posting saya, boleh je hide. Tiada paksaan suruh like. Seikhlas hati nak berkongsi,” tulisnya.