fbpx

Siti Elizad Kembali Positif Selepas 3 Hari Tutup Telefon

Selepas tiga hari mendiamkan diri susulan isu dihina mandul oleh seorang netizen, pelakon Siti Elizad kembali ceria dan serta lebih positif.

Mengakui bukan mudah melupakan kata-kata hinaan dilemparkan terhadapnya, Elizad mengucapkan terima kasih buat orang ramai yang mendoakannya.

BACA: Siti Elizad Kembali Bersemangat, Percaya Ada Hikmah Setiap Dugaan

“Selepas tiga hari tanpa telefon, saya kembali dengan kehidupan yang positif. Ceria seperti selalu. Terima kasih kepada anda semua atas sokongan dan doa.

“Maaf untuk keluarga jauh dan dekat, kawan-kawan serta mereka yang saya tak jawab call atau WhatsApp. Harap anak memahami, sesuatu yang bukan mudah untuk maafkan dan melupakan,” tulisnya.

Menerusi entri dimuat naik di Insta Story, Elizad berkata dia tidak dapat menerima apabila ada orang yang membenci seseorang tanpa sebab.

“Saya dalam industri ini sebab nak cari rezeki. Allah beri kelebihan kat sini. Tak kacau orang pun. Berlakon, buat hosting, jadi penyampai radio. Andai kata tak suka, tiada paksaan pun. Masing-masing ada pilihan, boleh komen dan kritik, janganlah sampai menghina,” katanya.

Terdahulu, seorang netizen menghina Elizad yang masih belum dikurniakan zuriat dengan perkataan mandul. Malah, individu itu menuduh Elizad tidak menunaikan solat.