fbpx

Siti Elizad Kembali Bersemangat, Percaya Ada Hikmah Setiap Dugaan

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Siti Elizad meluahkan rasa kecewa apabila seorang netizen menghina dirinya yang masih belum dikurniakan zuriat dengan perkataan mandul.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elizad berkata dia tidak mahu lagi memikirkan kontroversi minggu lalu dan mahu memulakan setiap hari dengan lebih bersemangat dan azam baru.

BACA: Dihina Mandul & Dituduh Tak Solat, Siti Elizad Buat Laporan Polis

Dalam posting tersebut, Elizad turut menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan dirinya.

Dalam pada itu, Elizad turut menyifatkan dugaan yang diberikan ada hikmah disebaliknya dan mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik.

Perkongsian Elizad mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji semangat Elizad serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Terdahulu, seorang netizen bukan sahaja menulis komen menghina Elizad malah turut memuat naik status biadap meminta orang ramai mendoakan Elizad dikurniakan zuriat meskipun tidak menutup aurat dan solat.