Siti Elizad Dituduh Jarang Masak Sebab Dapur Bersih Sangat
Sebelum ini, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad pernah dkiritik oleh netizen dengan mendakwa selebriti itu sukar untuk menimang cahaya mata kerana terlalu sibuk bekerja.
Baru-baru ini, Elizad ada berkongsikan video memaparkan suaminya, Shamsul Baharin dilihat sedang membantunya di dapur.
BACA: Tiba-Tiba Cakap Kesian Elizad Tak Ada Anak, Netizen Bengang Dengan Pemanggil Radio
Menerusi entri itu, Eliza turut menjawab pertikaian netizen yang menuduhnya jarang memasak kerana dapurnya dilihat berada dalam keadaan sangat bersih.
“Yang selalu cakap dapur tak guna sebab tak kotor langsung, inilah orangnya yang setiap kali habis masak dia yang kemas dan lap dapur. Peneman hidup, orang yang banyak ajar erti sabar. Yang tak pernah marah,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Elizad turut menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya yang sentiasa berada disisinya dan sentiasa membimbingnya untuk ke arah yang lebih baik.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF bagaimanapun keguguran selepas beberapa hari disahkan hamil pada November 2020.
Wahai manusia.. dapur kotor.. toilet kotor Itu kan Port iblis
Bagos lah dapur dia bersih. Dapur yg kotor Itu kan hidangan jin..
Especially pinggan mangkuk yg dibiarkan berlonggok dalam sinki..
Dan kalau dia tak masak forever pun biarkan lah. Kita masing2 kan ada lifestyle masing2. Ada yg suka makan luar. Ada yg suka masak sendiri..
Sorry to say eh. Saya selalu ikut bagi bantuan kepada rumah orang Melayu kita yang susah. Rasa dalam 90% mesti rumah berkeladak. Jarang dapat jumpa rumah yang wangi, bersih, tersusun. Rumah Elizad ni patut dijadikan contoh. Siapa tau setiap kali lepas masak, dia bersihkan secukupnya. Yang rumah berkeladak pemalas, tak payah nak dengki dengan rumah orang yang bersih ya!
ikut suka dia lah nak masak ke tak yang korang kepoh kenapa..p basuh pinggan dlm sinki tuh
Org malas je dapurnye kotor..normallah lps masak kemas kita lap semula dapur bg bersih..br lh lipas x membiak..tikus x merayap..
habis tu, dapur umah aku berkilat stiap hari aku sental..tap hari-hari aku masak ni, dikira tak masak jugak ke? bangangnya netizen
Biasa je dapur elizad tu, jenis orang lepas masak basuh pinggan periuk belanga pakej basuh sekali sinki, kaup sampah, sapu, spray lap dinding kabinet, dapur masak bersihkan semua bagi berkilat balik macam asal. Mana yang habit macam ni tak heran tengok, mana yang tak memang la heran hahahaaaaa Orang pembersih ni kalau rumah dia tak bersih nak tidur pun tak lena tau sebab tu dia sibuk membersih tak habis-habis sampai takde masa nak perati buruk orang lain hahhahahaaa
Ramai yang pengotor rupanya orang meleis ni