fbpx

Pasti ramai tahu, pada Mac lalu pelakon dan penyampai Siti Elizad sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok yang memuat naik rakaman audio seorang pemanggil wanita di Sinar FM bersama Elizad.

BACA: Tak Pernah Putus Asa, Elizad Jalani Rawatan IVF Kali Kedua

https://www.tiktok.com/@eikazahalia/video/7137208668436598042?

Apa yang mengejutkan, pemanggil wanita itu secara tiba-tiba bercakap mengenai soal anak serta mengatakan ‘kesian’ serta berharap Elizad sabar dengan ujian tersebut.

Tidak terkesan dengan apa yang diperkatakan pemanggil itu, Elizad terus meminta pemanggil itu memberikan ucapan.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan pemanggil itu yang disifatkan tidak sensitif. Malah ada yang meminta pemanggil itu memohon maaf kepada Elizad.

Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF bagaimanapun keguguran selepas beberapa hari disahkan hamil pada November 2020.