fbpx

“Sisi Abang Adalah ‘Honeymoon’ Saya” – Angeline Tan

Perkahwinan pelakon Sabri Yunus dan isterinya Angeline Tan sememangnya mengejutkan ramai dan masih menjadi bualan di media sosial meskipun sudah dua minggu mendirikan rumah tangga.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Baru-baru ini, menerusi satu temu bual bersama Gempak, pengacara bertanyakan kepada Angeline dimana lokasi mereka berdua berbulan madu.

BACA: Angeline Tan Teringin Solat Jemaah Dengan Suami

Jawapan yang diberikan oleh Angeline ternyata membuatkan netizen tersenyum kerana ianya membawa makna yang cukup tersirat. Angeline atau nama Islamnya, Ardini berkata suaminya itu adalah ‘lokasi’ bulan madu terbaik buat dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

“Adakah honeymoon di Australia?” tanya pengacara.

“Sisi abang adalah honeymoon saya”

“Sebenarnya bukan tempatnya, (tapi) perasaan dan hati kita, tidak perlu lain tempat. Saya rasa bahagia dan tenang. Itu sahaja,” jawab Angeline.

Sabri yang berada di sebelah Angeline dilihat terkesima mendengar jawapan daripada isteri tercintanya itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak mendengar jawapan Angeline itu serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.