Pelawak Abon berkata dia terpaksa membuang perasaan malu untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan hilang punca pendapatan selepas disahkan mengalami masalah jantung.

Memetik mStar Online, Abon berkata wang simpanan banyak digunakan untuk tampung kos rawatan adn ubat-ubatan selepas prosedur pemasangan stent.

BACA: Osbon Pemenang Tempat Pertama Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000

Abon berkata lagi kos perubatan hariannya mencecah ratusan ringgit dan terpaksa menggunakan wang pencen isterinya untuk pembedahan pemasangan stent mencecah RM48,000.

“Ubat-ubatan saya cecah raturan ringgit, belum termasuk perbelanjaan sepanjang saya sakit pada bulan lalu. Simpanan yang ada habis digunakan untuk tampung kos perubatan sebab saya tiada pencen. Kos pembedahan dua strent mencecah RM48,000 dan menggunakan wang pencen isteri saya,” katanya.

Sementara itu, Abon berkata sebolehnya dia tidak mahu  meminta-minta namun dirinya kini tidak mampu lagi kerana tidak bleh bekerja.

“Kalau boleh memang tak nak meminta-minta, apatah lagi takut saya mohon (JKM) saya ambil hak orang lain. Apabila situasi sukar ini menimpa, saya terus rasa berbelah bagi nak minta tolong.

“Harapnya jangan sebab saya artis tak boleh memohon. Kita sudah tak mampu, tak boleh bekerja, jadi memang tiada sumber pendapatan. Saya tak pernah minta bantuan, tapi saya yang bagi bantuan sebab kita mampu. Sekarang keadaan dah berubah,” katanya.

Sumber: mStar Online

×