fbpx

Simpan RM6,000 Dalam SSPN-i Dan Peluang Menang BMW 320i Sport Edition

Kita semua tahu menyimpan wang untuk jaminan masa hadapan itu sangat penting lebih lebih lagi untuk tabung pendidikan anak anak kita yang tidak mungkin semakin murah di masa hadapan. Sebab itu, kerajaan melalui PTPTN menubuhkan inisiatif dengan nama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk membantu anda menyimpan.

Bukan itu sahaja, untuk menggalakkan orang ramai menyimpan melalui SSPN-i, mereka telah menganjurkan beberapa cabutan hadiah untuk penyimpan yang mengekalkan wang mereka dalam tempoh tertentu dengan menawarkan hadiah hebat termasuklan sebuah kereta mewah BMW 320i Sport Edition — kami pun mahu kereta percuma!

Sebelum itu, tahukah anda yang anda boleh menerima pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun selain perlindungan Takaful percuma kepada penyimpan dengan simpanan RM1,000 juga kelayakan untuk memohon pembiayaan pendidikan di masa hadapan.

Berapa banyak faedah sudah anda nikmati jika menyimpan dengan SSPN-i. Anda boleh rujuk maklumat di bawah tentang faedah menyimpan dengan SSPN-i dalam jangka masa panjang.

Screen Shot 2015-07-31 at 12.11.52 PMBerbalik kepada cabutan hadiah yang dianjurkan SSPN-i, mereka kini sedang giat menjalankan kempen untuk cabutan Simpanan X-Tra Bonanza! SSPN-i (tahunan), Simpanan Bonanza! SSPN-i (suku tahun) bagi peringkat nasional dan Simpanan Vaganza! SSPN-i (suku tahun) peringkat zon.

SIMPANAN X-TRA BONANZA! SSPN-i

Ini terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN-i minima RM6,000 dalam tempoh promosi dan deposit sebanyak RM6,000 melayakkan pendeposit untuk (satu) 1 cabutan.

Tempoh promosi untuk Simpanan X-Tra Bonanza SSPN-i adalah bermula sehingga 30 September 2015 dan hanya perlu mengekalkan simpanan anda sehingga 31 Disember 2015 untuk layak menyertai cabutan yang menawarkan hadiah-hadiah berikut.

Screen Shot 2015-07-31 at 12.18.06 PM

Menarik kan? Untuk maklumat lanjut dan juga promosi Simpanan Bonanza! SSPN-i (suku tahun) bagi peringkat nasional dan Simpanan Vaganza! SSPN-i (suku tahun) peringkat zon yang menawarkan pelbagai hadiah hebat lain seperti motosikal, TV LED, Macbook Pro dan iPad anda boleh layari portal rasmi SSPN-i di www.ptptn.gov.my.

Siapa kata kita perlu tunggu lama untuk lihat hasil simpanan membuahkan sesuatu. Jom!