fbpx

“Simpan Gambar Bekas Suami Untuk Kenangan Anak-Anak”

Baru-baru ini, Instagram pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian ramai apabila beliau memuat naik gambar lama anak-anaknya bersama bapa mereka, Aidil Zafuan. Bagaimanapun, Rita memberitahu tujuannya memuat naik gambar lama itu adalah untuk memberitahu bahawa tiada masalah antaranya dengan bekas suami.

Turut menyatakan gambar anak-anak bersama bekas suaminya itu mempunyai nilai sentimental, Rita menjelaskan foto-foto lama bersama Aidil disimpan untuk kenangan anak-anak dan bukannya kerana dia masih tidak boleh melupakan kisah lama seperti yang didakwa netizen.

BACA: “Ambil Laki Orang Hidup Tak Tenang, Takut Laki Kena Ambil”

“Tujuan saya muat naik gambar anak-anak dengan bekas suami walaupun tiada gambar baharu kerana hendak memberitahu, tiada masalah antara saya dengan bekas suami. Jika Aidil hendak melawat anak-anak, saya lagi suka.

“Saya masih menyimpan gambar-gambar anak bersama ayah mereka ketika kami bercuti atau apa sahaja aktiviti dalam satu fail khas. Ini kerana ia kenangan anak-anak bersama ayah mereka ketika kami bahagia.

“Biarpun kisah saya dan suami sudah habis, tidak bermakna kenangan anak-anak bersama ayah mereka hilang juga, itulah nilai sentimental yang saya maksudkan,” katanya kepada Kosmo.

Dalam pada itu, Rita memberitahu kali terakhir Aidil berjumpa dengan anak-anak mereka adalah sebelum bekas suaminya itu berkahwin lain pada tahun 2014 dan sejak itu mereka tidak pernah berjumpa lagi.