fbpx

Simon Cowell Tinggalkan American Idol, Bawa Masuk X-Factor

Hari ini, seluruh media Malaysia bercerita tentang beg tangan Siti Nurhaliza berharga RM40,000 — dengar kata Siti Nurhaliza pilih sendiri.

Kita terbang terus ke Hollywood untuk sebuah cerita yang akan mengubah landskap American Idol selamanya.

Simon Cowell di’khabarkan telah sah melepaskan tugas beliau sebagai juri rasmi untuk program realiti terbitan Fox, American Idol.

Beliau di’khabarkan akan membawa masuk sebuah lagi rancangan realiti ciptaan sendiri ‘X-Factor’ yang beliau mulakan di United Kingdom.

Simon Cowell yang juga penerbit eksekutif & juri dalam X-Factor akan memberikan hak penyiaran eksklusif kepada rangkaian televisyen Fox.

Kehilangan Simon Cowell dari arena American Idol pastinya akan menjejaskan rating program realiti nombor satu Amerika Syarikat itu.

“Sesetengah orang menonton American Idol kerana Simon Cowell & gelagatnya yang suka menghentam peserta,” kata Hal Vogel, seorang penganalisis media bebas.

Hal Vogel juga menjangka penarikan diri Simon Cowell akan memberi impak buruk kepada bilangan peminat & penajaan besar.