fbpx

Sihir Itu Wujud, Saharul Ridzwan Pesan Jangan Tinggal Solat

Drama lakonannya Cinta Sekali Lagi sudah pun melabuhkan tirainya semalam, menerusi satu perkongsian di Instagram, Saharul Ridzwan menegaskan ilmu sihir sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat.

Saharul turut menitipkan pesanan buat peminatnya dan netizen agar sentiasa menjaga solat dan hubungan dengan Allah SWT untuk mengelak daripada terkena gangguan sihir.

BACA: Saharul Ridzwan Hadiahkan Honda Jazz Untuk Isteri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

“Tiada daya upaya kita dalam apa apa sekalipun, kecuali dengan izin Allah. Apa yang baik, kita jadikan semangat.

“Semua yang buruk kita tolak jauh-jauh. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT dan yang penting jangan tinggal solat serta banyakkan berdoa,” katanya.

Perkongsian Saharul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu serta turut berdoa diri mereka dilindungi oleh Allah.

Dalam pada itu, Saharul turut berterima kasih kepada semua yang telah menonton drama lakonannya Cinta Sekali Lagi yang turut membariskan pelakon hebat lain seperti Nelydia Senrose dan Hannah Delisha.