fbpx

Sigur Rós Turun Untuk Konsert Sulung Di Urbanscapes 2012, Malaysia

Kami tidak tahu berapa ramai di’sini yang mengenali band yang berasal dari Iceland ini, tetapi kami terus mahu menulis tentang kehadiran mereka ke’sini akhir tahun nanti.

Sigur Rós yang popular dengan lagu berentak khayalan, fantasi & minimalistik ini telah mengesahkan kehadiran mereka buat pertama kali untuk peminat di Malaysia.

Jika sebelum ini mereka hanya mengesahkan kehadiran di Singapura, nampaknya Sigur Rós berminat untuk menghiburkan khalayak pengikut mereka di’sini. Jimat belanja.

Maklumat setakat ini yang di’peroleh adalah Sigur Rós akan mengadakan persembahan mereka selari dengan penganjuran Urbanscapes 2012 di Astaka, Selangor yang bakal berlangsung pada 24 dan 25 November 2012 ini.

Persembahan sulung mereka akan di’adakan pada hari kedua Urbanscapes 2012 dan penjualan tiket akan bermula pada 15 Ogos ini — sementara itu ini video persembahan live mereka jika anda berminat.