fbpx

Sibuk Uruskan Anak, Miera Liyana Tiada Masa Untuk Diri Sendiri

Sejak bergelar ibu pada Mei lalu, pelakon Miera Liyana mengakui sudah tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri kerana sibuk menguruskan anak dan rumah tangga.

Menurut Miera, dia sememangnya memberikan keutamaan kepada anak sulungnya yang kini berusia tujuh bulan. Malah, Miera berkata dia dibelenggu rasa bersalah jika mahu ambil masa untuk diri sendiri.

BACA: Dah Sebulan Bersalin, Miera Leyana Tak Nak Kecoh-Kecoh

“Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap sejak bergelar ibu sebab tumpuan saya diberikan kepada anak. Nak ambil masa untuk diri sendiri pun saya rasa bersalah.

“Sebab saya rasa masa itu seharusnya untuk baby saya. Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi,” katanya.

Masih merahsiakan jantina anaknya itu sejak dilahirkan pada 16 Mei lalu, Miera berkata dia dan suami masih belum bersedia untuk mendedahkan kepada umum.

“Buat masa ini saya belum lagi bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina anak sulung dan keputusan ini adalah permintaan daripada suami,” katanya.

Terdahulu, Miera mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Rosland Othman, 47 tahun pada 26 Julai tahun lalu.