Dah Sebulan Bersalin, Miera Leyana Tak Nak Kecoh-Kecoh
Senyap-senyap sahaja, pelakon Miera Leyana memaklumkan dia telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 16 Mei lalu.
Menurut Miera, dia tiada niat untuk merahsiakan berita gembira itu tetapi lebih selesa untuk memberi fokus kepada proses bersalin apatah lagi kali pertama bergelar ibu.
BACA: Miera Leyana Mengidam Nak Buah-Buahan Import
“Ini pengalaman kali pertama saya untuk bergelar ibu, jadi saya mahu semuanya berjalan lancar dan tidak diganggu dengan hal-hal lain.
“Bukannya tak nak berkongsi tentang berita baik ini tetapi kalau boleh biarlah saya melalui momen-momen itu tanpa media sosial. Sampai masanya nanti saya akan kongsikan segalanya,” katanya.
Dalam pada itu, Miera juga enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti bayi pertamanya itu bagi menghormati permintaan suami untuk tidak menunjuk wajah sehingga bayi mereka berusia empat bulan.
“Cukup 4 bulan baru kami akan tunjuk muka bayi, buat masa sekarang biarlah jadi tanda tanya dahulu,” katanya.
Berkongsi mengenai proses bersalin, Miera meluahkan rasa syukur semuanya berjalan lancar dan suami dibenarkan untuk menemaninya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Sakitnye hati aku kalu jadi bini pertama laki ni.rasa nk tembak dengan senapang gajah.
Dahla kawin lain.ber maternity shoot bagai.ngn artis plak.lagiiilaa tersebar serata alam.speechless.
laki dayus. isteri dulu tidak dikenalkan anak2 yg ramai pun dinafikan.
yg di jaga retis seolah2 baru dpt bini dan anak.
maka isteri dulu putus urat tumpah darah dapat lubang retis lupa diri.
kesian orang tua ini. yg muda di puja2 disayang2. yg tua disembunyikan sebab malu ada isteri anak ramai lahirkan zuriat dia. kalau semua perempuan itu sebab dia juga yg menentukan jantina anak adalah benih lelaki yg dicipta Allah.
Dia ni baby besar nak bersalin normal gak pdhl doktor dh ckp kena czer. Mati2 xnk czer sbb dia ada gdm gak pstu dok tukar doktor smpi 4x yela mana doktor yg sanggup ambil risiko kalau apa2 jd kt anak dia. Tu yg xnk bgtau org kot.