fbpx

“Sibuk Jaga Aurat Orang, Hari-Hari Nak Buli Artis Ke?”

Baru-baru ini, Fasha Sandha ada memuat naik fotonya bertudung di akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun, salah satu komen agak melampau yang ditinggalkan oleh seorang netizen pada gambar tersebut mendapat perhatian pelakon itu.

Komen netizen tersebut seolah mengatakan bahawa pelakon itu seperti mahu ‘minta’ dikecam apabila berpakaian seksi, tetapi apabila bertutup litup seperti ‘minta’ dipuji pula.

BACA: Anak Fasha Sandha Minta Adik Baru Dari Aidil Aziz

Tidak hanya berdiam diri, Fasha membalas komen tersebut dengan tenang. Malah Fasha juga turut dilihat memuat naik komen tersebut berserta kapsyen panjang.

Menerusi entri tersebut, Fasha meluahkan rasa terkilan dengan sikap netizen tersebut yang bertudung tetapi tidak menjaga kata-kata. Katanya lagi, jika tidak sukakan dirinya, tidak perlu ikuti perkembangannya di media sosial.

Kata Fasha lagi, netizen tersebut terlalu sibuk menjaga aurat orang lain sehingga terlupa bahawa menabur fitnah itu dosa besar.

“Saya post gambar berhijab untuk berterima kasih kepada peniaga online yang hadiahkan saya bukan minta dipuji.”

“Apapun terima kasih. Asyik sibuk jaga bab aurat orang, bab dosa besar atas menfitnah orang tak fikir pula. Hari-hari nak buli artis ke?,” tulisnya.

Dalam pada itu, di akhir kenyataan tersebut, Fasha turut menyertakan tanda pagar hentikan siber buli. Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta Fasha agar bersabar apabila berhadapan dengan netizen seperti ini dan tidak perlu peduli dengan kata-kata mereka.