fbpx

“Siapa Yang Tak Nak Kahwin. Mestilah Saya Pun Nak…” – Siti Saleha

Meskipun berdepan kegagalan rumah tangga awal tahun ini, namun pelakon Siti Saleha berkata dia tidak trauma dengan apa yang berlaku.

Memetik Kosmo, Saleha berkata dia juga mendambakan kebahagiaan untuk hidup berpasangan sama seperti wanita lain.

BACA: Bekas Suami Siti Saleha Didakwa Maki Wartawan Wanita

“Siapa yang tak nak kahwin. Mestilah saya pun nak tapi bukanlah sekarang, kena ambil masa. Sejujurnya, saya sendiri memang nak kahwin lagi tetapi kena perlahan-lahan memilih (pasangan). Sabarlah.

“Kalau jadi nanti (kahwin), saya cuma mahukan lelaki yang simple (ringkas). Paling penting boleh terima diri saya dan apa yang saya lakukan kini. Doakan saya,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Siti Saleha bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun mereka bersikap profesional antara satu sama lain.

Siti Saleha berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Julai 2017, namun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 17 Januari lalu.