fbpx

“Siapa Tahu Kalau Memang Masih Ada Jodoh Dengan Aliff?”

Sering membuat sesi Live IG bersama Aliff Aziz, ramai yang kurang senang dengan tindakan Bella Astillah itu. Malah ada yang mengatakan Bella seolah sengaja mahu meraih perhatian netizen.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih melayan baik bekas suaminya itu. Tidak hanya berdiam diri, Bella menegaskan itu adalah haknya untuk lakukan apa sahaja dan tidak peduli dengan tanggapan netizen.

BACA: Netizen Meluat Bella Astillah Live IG Dengan Bekas Suami

Jelasnya lagi, mungkin orang lain akan bermusuh selepas bercerai namun tidak baginya kerana apa yang penting adalah anak mereka, Ayden Adrean. Bella juga meminta netizen tidak terlalu kolot dalam hal tersebut kerana tiada siapa tahu mengenai hal jodoh mereka.

Apa pun Bella dan Aliff seharusnya dipuji kerana bukan mudah untuk mereka yang sudah bercerai  mengekalkan hubungan baik. Kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka.