fbpx

“Siapa Saya Nak Pertikai Jodoh? – Intan Najuwa

Hampir dua minggu mendirikan rumah tangga, kisah perkahwinan pelakon Datin Intan Najuwa dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf masih lagi menjadi bualan ramai.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik Malaysia Kini, meskipun ada yang menuduhnya berkahwin kerana duit, Intan berkata tadir yang menentukan siapa lelaki yang menjadi pasangan hidupnya.

BACA: “Panggil Saya Intan, Tak Payah Datin” 

Menurut Intan lagi, dia enggan ambil peduli tentang apa yang diperkatakan orang ramai mengenai dirinya kerana itu sudah menjadi lumrah baginya.

“Saya baca komen-komen (di media sosial) itu. Ada orang cakap saya kahwin sebab duit; ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa bercakap, tapi yang lalui kehidupan itu adalah (saya) sendiri.

“Susah atau senang, semua kita telan sendiri. Siapa saya nak pertikai jodoh? Kita memang boleh merancang, tapi jodoh, pertemuan dan maut tetap di tangan Tuhan. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita sebab paksa macam mana sekalipun, yang tentukan Allah jua,” katanya.

Dalam pada itu, Intan berkata apa saja yang dilakukannya sama ada perkara baik atau buruk pasti akan ada orang yang memperkatakan mengenainya.

“Apabila kita buat baik orang tetap bercakap, kalau buat yang tak baik, lagilah orang bercakap,” katanya.

Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf dengan sekali lafaz. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.