fbpx

Siapa Pelakon Malaysia Layak Untuk The Avengers? Ini Pilihan Staff Rotikaya

The Avengers Cast

Siapa belum menonton filem The Avengers yang sedang hangat di’pawagam? Sehingga ke hari ini, kami rasa demam filem superhero berskala epik masih melanda peminat filem di’Malaysia dan kami sendiri telah menonton berkali kali tanpa jemu.

Tamat sahaja mesyuarat bulanan kami lewat petang tadi, timbul topik perbualan tentang siapakah pelakon Malaysia yang layak membawakan watak watak utama dalam filem The Avengers & senarai pendek ini merupakan pilihan sepakat kami di Rotikaya HQ.

Kami pilih enam watak superhero utama dalam The Avengers iaitu Ironman, Captain America, Hulk, Thor, Hawkeye & Black Widow untuk di’pasangkan dengan enam pelakon dan selebriti tempatan yang kami rasakan paling hampir & sesuai untuk bawakan watak tersebut.

Kami juga perlukan pandangan anda di’hari Jumaat yang santai ini untuk anda cadangkan siapa lagi yang anda rasa sesuai untuk duduk dalam senarai kami — atau cabar pilihan selebriti yang kami ada.