“Saya Okey, Tak Terdesak Kahwini Sesiapa Buat Masa Sekarang”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berkata dia bukan dalam fasa terdesak untuk mencari pasangan hidup buat masa sekarang dan lebih selesa sendiri.

Menerusi satu video di TikTok, Daiyan berkata dia hanya menunggu seseorang yang tepat buat dirinya dan dia okay sahaja meskipun single.

BACA: Daiyan Trisha Cari Calon Suami Jaga Agama

@flyfm

The way @daiyantrisha is owning her narrative like a queen is truly something that so many Malaysian girls can relate to! This singer/actress has just released her new song ‘Lovelorn,’ so listen to us at 95.8, flyfm.audio, or Audio+ now to hear Daiyan’s interview ? #theryanshow

? suara asli – Flyonsations – Flyon

“Jujurnya, saya tidak terdesak untuk mengahwini sesiapa buat masa sekarang. Apa paling penting, saya ingin orang di luar sana tahu sekarang bahawa saya okey sahaja dan selesa begini.

“Saya memang suka berada dalam fasa bercinta, cuma saya hanya menunggu seseorang yang tepat untuk jadikannya realiti,” katanya.

Sementara itu, Daiyan mengakui tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh setiap kali hadir dalam mana-mana majlis.

“Soalan ‘bila nak kahwin’ tu sangat terkenal dan cukup sinonim bagi saya. Terutama bila saya datang majlis atau ‘event’.

“Kadang-kadang saya terfikir, salah ke kalau saya tak rasa nak ada seseorang yang istimewa buat masa sekarang ni?,” katanya

SUMBER: Kosmo

×