fbpx

“Siapa Kata Ayah Saya Tanggung? Sendiri Buat, Sendiri Tanggunglah” 

Meskipun dikecam teruk susulan tindakannya memuat naik tidak lagi berhijab, namun penyanyi Masya Masyitah dilihat tetap tenang apabila memuat naik gambarnya di Instagram.

Kecaman demi kecaman diterima, akhirnya Masya membuka mulut mengenai isunya membuka tudung dimana ianya adalah pilihannya sendiri.

BACA: Lepas Buka Tudung, Masya Masyitah Tayang Bulu Kaki

Menerusi sesi siaran langsung itu, Masya turut meminta orang ramai tidak menyalahkan kedua ibu bapanya mengenai tindakannya itu.

“Itu (tanggalkan tudung) adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah ke apa, marah pada saya.

“Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak (mengada) dan jangan salahkan mak ayah saya. Siapa kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat, saya sendiri lah tanggung,” katanya.

Dalam pada itu, Masya turut memaklumkan dia mahu meninggalkan dunia hiburan untuk berehat seketika meskipun banyak tawaran diterima namun dia menolak.

“Saya nak hidup bebas, saya dah tak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamour. Orang kata saya sendu, ya memang saya nak jadi sendu. Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja.

“Berlambak job yang saya dapat, tapi saya tolak, saya tak mahu ambil. Saya nak berehat,” katanya