Bukanlah misteri besar untuk kita semua, namun tinggal sebulan sebelum pernikahan impian Faezah Elai menjadi realiti, beliau masih berahsia akan identiti bakal suami. No point.


Mac 2011, dalam kenyataan kepada media Faezah Elai mengakui yang beliau ketika itu sedang rapat dengan pengarah bernama Heykal Hanafiah dan mereka selalu keluar bersama.

Ketika itu juga Heykal Hanafiah baru sahaja kembali menduda & Faezah Elai sekali lagi menafikan yang beliau adalah orang ketiga dalam kancah rumahtangga pengarah drama bersiri Asmara itu.

May 2011, Faezah Elai memberitahu media yang beliau akan berkahwin pada September 2011 dan sekali lagi mengakui berkawan rapat dengan Heykal Hanafiah namun merahsiakan identiti bakal suami.

Ogos 2011, Faezah Elai mengumumkan majlis penikahan beliau yang akan berlangsung pada 9 September ini dan mengakui yang bakal suami’nya terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem.

Go figure. Pada kami, tidak perlu rasanya terlalu berahsia kerana Faezah Elai seorang public figure. Apa pun, selamat pengantin baru buat Faezah Elai & Heykal Hanafiah. Oops.

Update 1: Ini adalah screenshot dari laman Twitter rasmi Gua.com.my yang menjelaskan keadaan sebenar hubungan Faezah Elai & Heykal Hanafiah.