fbpx

Siap Berpurdah Di Mekah, Sajat Mohon Keampunan Allah

Sedang rakyat Malaysia hangat memperkatakan mengenai isunya bertelekung penuh ketika menunaikan umrah, namun usahawan kosmetik, Nur Sajat tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa mempedulikan kecaman dilemparkan terhadapnya.

Masih lagi berada di Mekah, Sajat berkongsikan foto terbarunya di Instagram dimana dia lengkap memakai pakaian wanita dan mengenakan purdah persis gadis Arab. Menerusi perkongsian tersebut, Sajat menitipkan keampunan daripada Allah di atas salah dan silapnya selama ini.

BACA: Masih Bertudung, Sajat Kongsi Video Sedekah Makanan Di Mekah

Sejak isunya hangat diperkatakan, Sajat dilihat menutup ruangan komen selepas posting-posting yang dibuat sebelum ini dikecam teruk oleh netizen.

Terdahulu, Sajat berkata isu atau caranya berpakaian adalah urusannya dengan Allah. Apa yang penting adalah niatnya ke sana untuk menunaikan umrah dan berjumpa dengan pencipta.

Bagaimanapun, isu itu turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang mengesahkan bahawa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki sekaligus menjawab segala persoalan selama ini.