fbpx

Masih Bertudung, Sajat Kongsi Video Sedekah Makanan Di Mekah

Meskipun dikecam teruk susulan tindakannya berpakaian wanita dan lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah, Nur Sajat masih meneruskan kehidupannya seperti biasa dan sempat memuat naik perkembangannya yang masih lagi di Tanah Suci.

Terbaru, Sajat berkongsikan videonya di Instagram memaparkan dirinya yang bertelekung hitam sedang melakukan amal jariah dengan bersedekah makanan dan minuman kepada orang ramai.

BACA: “Apa Saja Cara Berpakaian Itu Antara Saya Dengan Allah”

Menerusi perkongsian tersebut, Sajat memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan tenang sepanjang berada di Kota Mekah.

Katanya lagi, jika diberi kesempatan dia mahu meluangkan banyak masa lagi di Tanah Suci supaya dapat terus membuat amal kebajikan kepada orang ramai.

“Saya tenang disini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini, jika banyak lagi masa, hari-hari Sajat nak bagi macam ni, InsyaAllah,” tulisnya.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Sajat itu mendapat perhatian ramai yang masih lagi mengecam penampilannya itu. Kata netizen, niatnya untuk bersedekah adalah mulia tetapi ramai yang berharap agar usahawan kosmetik itu berubah dan kembali ke pangkal jalan.

Terdahulu, Sajat berkata isu atau caranya berpakaian adalah urusannya dengan Allah. Apa yang penting adalah niatnya ke sana untuk menunaikan umrah dan berjumpa dengan pencipta.