fbpx

Shukri Yahya Terima Kejutan Bakal Timang Anak Kedua

Baru saja menyamput ulang tahun keempat, pelakon Shukri Yahya menerima hadiah paling bermakna apabila isterinya Tya Adnan memberi kejutan bahawa mereka bakal menimang cahaya menimang cahaya mata kedua.

Sebelum ini, Shukri ada memuat naik ucapan romantis buat isterinya berserta ‘hint’ mahukan anak lagi dan nampaknya doa pelakon itu dimakbulkan.  Tya turut memuat naik video di Instagram dimana dia memberikan hadiah kejutan buat suaminya.

BACA: Shukri Yahya Reda Isteri Keguguran Anak Kedua

https://www.instagram.com/tv/B5F6yDAHfk5/?utm_source=ig_embed

Menerusi video itu, Shukri ternyata terkejut apabila melihat hadiah yang diterimanya iaitu alat ujian kehamilan dengan tanda positif di dalam kotak tersebut sambil disaksikan anak mereka, Aaira Ameena .

Diruangan komen rata-rata netizen turut teruja dengan perkhabaran gembira itu serta mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Sebelum ini, isterinya pernah keguguran April lalu selepas disahkan berbadan dua pada bulan Mac. Tahniah kami ucapkan dan semoga kehamilan anak kedua ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.