fbpx

Shukri Yahaya Tak Pernah Terlintas Curang Dengan Isteri

Pelakon Shukri Yahaya berkata dia tidak pernah terlintas untuk curang dengan isterinya, Tya Adnan meskipun sering membawa watak lelaki kaki perempuan.

Memetik Kosmo, Shukri berkata dia sudah bergandingan dengan ramai aktres jelita namun sebaik saja habis berlakon dia tidak terbawa-bawa karakter pulang ke rumah.

BACA: Lakon Babak Panas, Shukri Yahaya Rasa Bersalah Dengan Isteri

“Saya dah berlakon hampir 12 tahun, tapi saya tidak pernah terlintas untuk curang dengan isteri saya meskipun banyak bawak watak lelaki kaki perempuan.

“Jujurnya, sebaik habis berlakon saya tinggalkan karakter itu di set penggambaran dan tidak bawa pulang ke rumah, bahkan saya tidak memanjangkan hal kerja dalam telefon atau bermesej dengan heroin,” katanya.

Sering membawa watak lelaki tak setia, Shukri berkata dia percaya bahawa mungkin sutradara percaya dia yang sesuai membawakan watak berkenaan.

“Saya terima sahaja apa yang saya rasa boleh bawa dan secara tidak langsung itu adalah rezeki, selagi saya boleh buat, saya buat semuanya tetapi tetap juga memilih watak yang sesuai.

“Saya bukan pelakon metode, hanya aplikasikan teknik kepada lakonan supaya nampak lebih natural dan tidak berlebihan,” katanya.