Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Shukri Yahaya dikecam oleh netizen apabila tular babak panas yang dilakonkannya bersama pelakon Alya Iman menerusi drama ‘Layang-Layang Perkahwinan.’
Memetik Kosmo, Shukri mengakui rasa bersalah terhadap isterinya, Tya Adnan selepas melakonkan adegan tersebut dan terus memaklumkan kepada isterinya.
BACA: Shukri Yahaya Mohon Maaf Lakon Adegan Ada Unsur ‘Soft P*rn’
Menurut Shukri lagi, isterinya memahami kerjayanya sebagai pelakon namun akan lebih menjaga sensitiviti masyarakat selepas ini.
“Nak kata isteri saya okey dengan adegan antara saya dengan Alya Iman itu tidaklah, saya sendiri pun macam ‘alamak, mesti isteri aku akan terasa ni buat babak ini’. Saya memang rasa bersalah.
“Saya terus maklumkan pada dia mengenai perkara tersebut, tambahan pula itu adalah hari pertama penggambaran bagi drama bersiri 28 episod terbabit, masing-masing ikut skrip saja.
“Apa pun saya lega isteri sangat memahami, tapi selepas ini saya akan sentiasa menjaga perasaan dan sensitiviti semua pihak,” katanya.
Sementara itu, Shukri berkata ada segelintir individu menjadi batu api apabila menghantar babak video berkenaan kepada isterinya serta tertanya-tanya motif mereka.
“Ketika babak tersebut ditularkan, saya dan Tya tidak bertelagah kerana isteri saya sejak dahulu lagi memilih untuk tidak menonton drama lakonan saya.
“Tapi ada juga segelintir pihak cuba melakukan provokasi dengan menghantar klip video tersebut ke akaun media sosial Tya. Mujur dia positif dengan tidak menjadikan hal sebegitu sebagai isu,” katanya.
Terdahulu, Shukri memohon maaf diatas kekhilafannya didakwa melakukan adegan berunsur ‘soft porn’. Shukri berkata dia mengakui kesilapannya melakonkan babak tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat.