fbpx

Shukri Yahaya Mohon Maaf Lakon Adegan Ada Unsur ‘Soft P*rn’

Pelakon Shukri Yahaya memohon maaf diatas kekhilafannya didakwa melakukan adegan berunsur ‘soft porn’ menerusi drama terbaharu lakonannya berjudul Layang-Layang Perkahwinan.

Memetik Harian Metro, Shukri berkata dia mengakui kesilapannya melakonkan babak tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat.

BACA: “Tak Sangka Shukri Yahaya Ambil Watak Macam Ni”

“Saya minta maaf sebab apa yang terjadi itu datangnya daripada kesilapan saya sendiri. Babak itu sebenarnya berlangsung pada hari pertama saya mulakan penggambaran.

“Tidak dinafikan saya sangat teruja untuk buat babak itu, tanpa memikirkan sensitiviti rakyat.Apa yang pasti, babak dan adegan sebegini takkan berulang kembali,” katanya.

Dalam pada itu, Shukri berkata dia tidak suka membaca skrip terlebih dahulu dan lebih selesa melakukan interpretasi pada hari penggambaran.

“Terus-terang, saya tidak suka baca skrip dan sejenis yang bila berada di set penggambaran barulah akan buat interpretasi berdasarkan skrip diterima.

“Pada awalnya, saya bayangkan babak itu sedikit. Lagi pun, itu hari pertama ‘shooting’ dan saya terlampau bersungguh-sungguh untuk jayakan watak,” katanya.

Baru-baru ini, tular adegan drama tersebut memaparkan Shukri sedang mandi sebelum didatangi pelakon Alya Iman yang masuk ke dalam bilik air itu.