Rumah Banglo Shuk Sahar Sudah Ada Pembeli
Sebelum ini, menerusi sesi live di TikTok pelawak Shuk Sahar memaklumkan mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta.
Shuk berkata dia menjual rumah berkenaan kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Terbaru, Shuk memberitahu rumahnya terletak di Denai Alam, Shah Alam itu sudah ada pembeli.
BACA: Shuk Sahar Nak Jual Rumah Harga RM1.2 Juta, Perlukan Duit Untuk Teruskan Hidup
Menurut Shuk, dia mengakui sayang untuk menjual rumah berkenaan namun membuat keputusan itu kerana bimbang tidak mampu untuk menanggung komitmen.
“Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan. Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.
“Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik,” katanya.
Kata Shuk lagi, dia nekal menjual rumah berkenaan kerana dalam masa yang sama perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.
Ditanya mengenai kerjaya seninya sekarang, Shuk berharap dia dapat diterima semula dalam industri hiburan tanah air.
“Saya harapkan kalau ada peluang dalam industri lagi, saya masih nak bekerja. Siapa yang tak nak kerja kan?” katanya.
Terdahulu, Shuk memberitahu dia mahu menjual rumah berkenaan serta mahu menggunakan wang berkenaan untuk meneruskan kehidupan selepas jatuh berikutan kontoversi curang terpalitnya dirinya sejak beberapa tahun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
kenapa ini jalan yg dipilih? kesannya
skg dua2 rugi, income kurang dh x bole support.
puaslah hati dh jual , x pyh share kalo bercerai nnti.
duit boleh beri skandal.
boleh tinggal rumah perempuan simpanan. lalau di jual masa cerai dgn bini sah terpaksa beri harta sepencarian, sekarang perempuan simpanan senang boleh dapat duit cara mudah.
banglo ke? setahu aku teres end lot jaaa…puihhh
banglo mende gtu.ye teres tapi harga tu mcm overprice utk.teres end/ corner lot.tgk.macm sempit je..tiber jd bNglo
Betul2, baik jual skg sblm bercerai..xde le nk di bagi2 duit tu nt..sape gaknye eh yg bg idea ni kat syuk hhaha
Pandai Farah..skandal yg bijakkkk! Hahaha
Bapa tak bertanggung jawab, fikir diri sendiri…nanti dah tua sebatang kara duit habis baru nak ingat anak2.
sendiri cari pasal
#Meladam, apa2 melibatkan artis sumernya mesti dinaiktaraf walaupun deskripsi tiadak tepat. Kalu baru 4-5 tahun buat pinjaman perumahan korang agak brp outstanding loan? Silap haribulan takde lebihan setelah ditolak hutang bank. Dah ada pembeli RM1.2 juta bayar deposit? Betul ke? Propa je lebih.
Pendek kata rumah artis sumer cepat laku. Rumah sajat lelong laku ( cuma pembeli yg menyamar cabut lari ). Kondo mat terlajak laris pun laku cuma takde sape yg nak beli je walaupun dah diturunkan harga. Pasnie bungalow artis mana pulak org berebut2 nak beli.
ferra.ye betulla tu.cuma pasni dia takde komitment dahla bayar bulan.takdak duit nk bayar ke atau skandal yg saje cucuk supaya tkdpt apa utk serra dan ank2?
bodoh.sayangla g jual rumah kalau bleh selamat buat la.ko pun ada sebijik ni je rumah.lainla kalau byk.skang satu bende pun tkde.elokla ko duk ngn farah tu.dua2 sila terjun gaung