fbpx

Shuk Sahar Nafi Dah Kahwin Dengan Fara Salleh

Terpalit dengan kontroversi rumah tangga, bagaimanapun pelawak Shuk Sahar menafikan tuduhan sudah pun berkahwin dengan skandalnya, Fara Salleh.

Mengakui terkejut dengan dakwaan itu, Shuk enggan mengulas lanjut apatah lagi hal rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera pun masih belum selesai lagi.

BACA: “Saya Harap Shuk Dapat Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa” – Sera

“Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun berkaitan dengan hubungan saya, lebih baik saya selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.

“Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak. Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini,” katanya.

Kata Shuk lagi, dia sudah serik untuk memberi penjelasan setiap kali isu peribadinya timbul. Ujarnya lagi, buat masa ini dia mahu fokus kepada perniagaanya terlebih dahulu.

“Bila saya cakap begini, orang kata saya nak berlakon jadi mangsa. Bila saya mengaku salah, orang kata saya bangga pula dengan kesalahan yang dibuat. Jadi saya nak jawab macam mana lagi?

“Itu sebab saya cuma minta semua orang doakan yang terbaik saja untuk saya. Tapi pasal kahwin itu, memang betul saya belum berkahwin lagi.

“Buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun pasal hal lain,”katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan anak-anak, Shuk berkata dia tidak pernah melupakan kedua anaknya itu yang kini berada di Sabah dalam jagaan isterinya.

“Saya tak pernah lupakan mereka dan kisahkan mereka. Saya ada berhubungan dengan Sera dan anak-anak dalam sela waktu. Tapi kebanyakan masa, memang anak-anak Sera yang jaga.

“Sera jaga anak-anak dengan cukup baik. Masa bulan puasa ini pun dah terasa bezanya, tak perlu tunggu raya nanti. Bangun sahur dah rasa lain, apatah lagi masa berbuka puasa. Walau ada kawan-kawan, tapi kosongnya itu masih terasa tanpa keluarga di sisi.

“Ada ketika saya menangis. Tapi apa yang terjadi, saya tahu ia kesilapan sendiri. Saya terima dan reda dan cuba untuk betulkan walaupun tahu ada perkara yang kita boleh betulkan dan ada yang tidak. Tapi sekurang-kurangnya saya mencuba,” katanya.