fbpx

Shuk Sahar Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak Undang Sebak

Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan kembali mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Baru-baru ini, perkongsian Shuk di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama anak perempuannya, Ain.

BACA: Shuk Sahar Nafi Dah Kahwin Dengan Fara Salleh

@shuksahar

Ayah rindu ain dan aimy nnt raya kita jumpa taw

? original sound – shuksahar – shuksahar

Menerusi entri itu, Shuk turut menulis meluahkan rasa rindu pada dua anaknya serta mengatakan mereka akan berjumpa pada hari raya nanti.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati dengan nasib menimpa pelawak itu.

Malah, ada yang meminta supaya dia bersabar dengan ujian dihadapinya itu serta yang berharap agar pelawak itu berubah.

Dalam pada itu, ada yang berharap kemelut rumah tangga pelawak itu akan selesai dengan baik dan akan berubah demi anak-anak.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.