Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah, Beri Bayangan Rumah Tangga Berakhir
Perkongsian pelawak Shuk Sahar di aplikasi TikTok pagi tadi mengejutkan ramai apabila memuat naik video berada di mahkamah bersama seorang peguam.
Menerusi video itu, Shuk memakai kemeja hitam dan bersongkok serta seolah memberi bayangan tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.
BACA: Rossa Sera Terkilan Tak Diberitahu Tentang Penjualan Rumah RM1.2 Juta
@shuksahar #akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya
“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulisnya.
Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu.
Tidak kurang juga, ada netizen berharap Shuk mengambil pengajaran di atas apa yang berlaku serta menjadi insan lebih baik.
Dalam program MeleTOP baru-baru ini, Sera seolah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir.
syukurlah sera terlepas dari dosa.
semoga dipermudahkan syuk berzina dgn skandal banyak duit lagi hasil jualan rumah.
harta sepencarian dan mutaah abaikan bayar di akiharat je yg penting berzina didulukan.
Elok la tu, teruskan hidup masing2. Kurang sikit memekak ex bini ko tu. Semak
Hrp gf gelap ko tu msih nk ko lg walaupn bnk ko da ksong.
Allahuakhbar!!! Doa macam ni pun ada eh utk orang2 yg dilanda musibah dan masalah ya Fara Suk. Muhasabah dirilah awak. Kita cuba letak diri kita dlm situasi mereka, apa perasaan mereka. Tiada pasangan yg berkahwin ingin bercerai tapi kalau sudah itu ketentuan-Nya, kita harus terima dgn lapang dada. Doakan yg baik2 utk keduanya bukannya encourage si Syuk utk berzina, doakan moga apa yg terjadi dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat kedua-duanya, moga masing2 menjadi yg lebih baik dari sebelumnya ….