fbpx

Shuk Sahar Akur Kontrak Dengan Hot FM Ditamatkan

Kontrak sebagai penyampai radio Hot FM ditamatkan, pelawak Shuk Sahar menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik dibuat pengurusan stesen radio tersebut.

Bagaimanapun, Shuk berkata dia belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu dan meminta agar diberi sedikit ruang.

BACA: Hot FM Tamatkan Kontrak Shuk Sahar

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pihak pengurusan Ripple mengumumkan perkhidmatan Shuk ditamatkan selepas tugasnya digantung sementara pada 24 Januari lalu.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan dalaman yang dibuat mendapati kontroversi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.