fbpx

Shuk Nak Saman Gadis, Nafi Buat Lawak Double Meaning Di Konti

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai video pelakon Fauzi Nawawi bercerita mengenai lakonan aksi rogol sehingga mengundang kemarahan dan kecaman netizen.

Namun, bukan sahaja Fauzi, malah pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut dikecam teruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan.

BACA: Shuk Sahar Mohon Maaf, Janji Akan Lebih Berhati-Hati

Malah, tular perkongsian di Twitter seorang gadis berkongsikan kisah mengenai perangai Shuk dengan mendakwa pelawak itu cuba untuk ‘double meaning’ ketika pertemuan mereka di stesen radio tahun lalu.

Dakwa individu itu, Shuk beberapa kali cuba untuk ‘double meaning’ dengannya namun dia terus menukar topik. Tidak mahu pendengar yang mendengar dirinya tidak dihormati, dia bertindak menolak ‘double meaning’ yang dilakukan oleh Shuk.

Sedar mengenai perkongsian tular gadis tersebut, Shuk menghubungi gadis berkenaan di Instagram mengenai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Menerusi mesej tersebut, Shuk menafikan dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa serta mahu mengambil tindakan undang-undang.

Memuat naik mesej yang dihantar oleh Shuk, gadis itu bagaimanapun mengakui memiliki dua saksi kejadian dan mendakwa tidak takut dengan amaran Shuk itu.

Dalam satu entri lain, gadis itu turut memuat naik video mendakwa Shuk membuat lawak double meaning ketika menghadiri konti radio terkenal tempatan pada tahun 2020.

https://twitter.com/ayuazizz/status/1452134354885353473

Kesal dengan mesej Shuk yang masih menafikan tindakannya itu, gadis itu berkata dia berharap jika ada lelaki membuat jenaka ‘kotor’ atau double meaning pada anak perempuannya pastikan pelawak itu juga boleh ketawa sama-sama.

Apa kata anda tentang video tersebut, lucah atau tidak gurauan Shuk itu?