fbpx

Shuk Sahar Mohon Maaf, Janji Akan Lebih Berhati-Hati

Selain pelakon Fauzi Nawawi, pelawak Shuk Sahar juga turut dikecam susulan isu jenaka rogol dalam video temubual tular baru-baru ini.

Memilih untuk mengunci mulut, Shuk berkata dia tiada niat untuk melarikan diri daripada masalah tersebut, namun bimbang jika tersalah cakap dan mengeruhkan keadaan.

BACA: Siap Nak Bayangkan Babak Rogol, Netizen Desak Shuk Diboikot

“Kalau boleh saya tak nak mengulas isu ini lebih lanjut. Bukan sebab saya nak larikan diri tapi apa yang berlaku ini melibatkan ramai pihak, bukan saya seorang sahaja.

“Saya risau juga kalau tersalah cakap atau bercakap lebih mengenai isu tersebut, ia akan beri kesan buruk kepada pihak lain,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk turut memohon maaf kepada pihak yang terguris hati dengan tindakannya itu serta berjanji akan lebih berhati-hati.

“Dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton program tersebut. Saya tiada niat apa-apa pun.

“Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Shuk dikecam teruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak rogol berkenaan.