Pasti ramai tahu, pelawak Shuk Sahar kini sedang mengerjakan ibadah umrah bersama isterinya, Rossa Sera sekaligus membuatkan netizen gembira.
Bagaimanapun, ramai netizen tertanya-tanya status hubungan mereka apatah lagi rumah tangga mereka beberapa kali dilanda badai sebelum ini.
BACA: “Doakan Kami Berdua” – Shuk Sahar & Rossa Sera Tunai Umrah Bersama
Memetik Astro Gempak, Rossa berkata Shuk sendiri yang mengajaknya untuk menunaikan ibadah umrah bersama sebelum mengetahui keputusan mahkamah mengenai rumah tangga mereka.
“Untuk umrah ni, ada la Shuk yang mengajak… sebagai titik permulaan atau pengakhiran untuk keputusan mahkamah yang akan diketahui bila kami balik umrah. Kiranya satu titik permulaan hidup baru untuk diri masing-masing,” kata Sera.
Menurut Rossa lagi, apa sahaja keputusan mahkamah dia berharap Shuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan anak-anak. Malah, dia dan Shuk mahu berubah menjadi lebih baik untuk anak-anak mereka.
“Apa jua keputusan mahkamah sama ada positif atau negatif, pada saya apa yang sudah, sudah la. Saya mahu fokus kepada anak-anak dan manakala Shuk pula fokus pada perniagaannya.
“Saya dan Shuk mahu berubah menjadi lebih baik dalam urusan anak-anak dari segi tanggungjawab. Macam saya sebagai ibu, dan Shuk pula dari segi nafkah anak-anak serta apa jua yang tidak dititik beratkan sebelum ini,” ujarnya.
Difahamkan, Rossa ke sana bersama-sama rakan perniagaan Shuk serta jemaah umrah yang lain.