Shuib, Watie Nikah Jun Ini
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada Jun depan.
Memetik Media Hiburan, Shuib berkata persiapan perkahwinannya itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus dan akan memaklumkan tarikhnya kelak.
BACA: “Orang Yang Baru Berhijab, Tak Boleh Nak Dihakimi Serta Merta” – Ibu Shuib
“Setakat ini persiapan sudah 30 peratus. InsyaAllah pada bulan Jun dan bila semuanya sudah lengkap barulah saya bersedia untuk umumkan tarikhnya.
“Kalau boleh saya tak mahu majlis yang terlalu ‘grand’ dan tidaklah terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga kami berdua.
“Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga belah sana mahu meraikan kami apa adanya. Apa pun, saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perasaan bakal isterinya, Shuib berkata Watie gembira dan berharap segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Dia sangat gembira memandangkan dengan apa yang dilalui, perjalanannya bagaimana sebelum ini. Dalam masa sama, berat juga untuk dia duduk di situ, tapi saya harap semoga Allah permudahkan.
“Anak-anak selesa dengan dia begitu juga keluarga. Saya rasa itu salah satu anugerah. Mungkin sebelum ini ada isu yang tak beberapa sedap dengar. Tetapi sekarang apabila Allah sudah memudahkan proses itu, mungkin perkara ini adalah yang terbaik.
“Untuk saya, sudah semestinya rasa berdebar mahu bergelar suami sekali lagi, tetapi bila mengenangkan anak-anak, saya rasakan saya perlukan seseorang untuk ada bersama saya menjaga mereka,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
hakikatnye yng tau, tau lah…. si shoib dngn wati ni da berkawan lame mse sarah ad pon laie… skang je da berani public pasai sarah pon da xdak
Kwin je la. Kcoh
ooo… bidadari syurga….cari la helok sikit
Baguslah. Sebelum ni asyik dok baca Shuib ni meroyan meratib hari-hari. Sebab menagih simpati orang.
Tapi itulah sifat Shuib. Nak tunjuk macam dia tu dngan Siti Sarah “Cinta Paling Hebat Dalam Dunia… Tak ada pengganti”. Tapi sebentar aje nak kahwin lain. Kononnya “untuk anak”. Tapi dengan yang sexy meksi. Apa punya hipokrit Shuib ni HAHAHA!
boring…next..
Si wati tu ikhlas ke tidak bertudung tu..asek nak tunjuk aset jek..
Kawen jer lah…tetek wati pun dah ranum masak. KO pun dah lama tak mengongkek. Konon setia pada Siti Sarah. Pttuiiiii…