Shuib Tak Sabar Nak Tengok, Pegang Ayash Affan Hari Ini
Shuib Sepahtu memaklumkan dia akan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bertemu bayinya, Ayash Affan buat pertama kali hari ini.
Perkara itu diberitahu Shuib dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah isterinya yang berlangsung secara virtual, malam tadi.
BACA: Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sara
“Insya-Allah, kalau ada rezeki, esok saya akan ke HCTM untuk melihat Ayash Affan buat pertama kalinya. Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya tak sabar nak tengok dia, pegang dia,” katanya.
Berkongsi mengenai hari pertama tanpa isteri tersayang disisi, Shuib tidak menafikan rasa rindu pada bidadarinya itu adalah satu perasaan yang berat untuk digambarkan.
“Hari ini, hari pertama di mana saya rasa, memang tipulah kalau saya cakap saya okay. Memang satu keadaan yang sangat pelik sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di hospital.
“Tapi, (hari ini) bila saya turun ke bawah, saya tahu dia memang dah tak ada. Cuma, itulah. Bila dihimpit rindu, bila rindu menjengah, jadi ia sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengubati dan rindu akan kekal selamanya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Dah boleh la slow slow bawa diri shuib.. ramai lagi bertarung nyawa dkt ICU tu.. yang sudah tu sudah
Semua bende nk bgtau umum..semua bende nk bt live..dh xde keje lain ke..org lain lg teruk sedihnye xde pulak ada ms nk bersocmed..
Ni laa retis, asal mati jek berminggu2 citer, dulu Abam. Hmmmph.
Bertabahhhh la… Saudara.. Saudari ku.. Alfateha tok umat² islam di dunia nie.. Mudah2an syurga tmpat yg pergi kerana covid nie…
Yg aku tau bile cite bab2 artis ni kdg2 xdela jugak dorg stiap masa nk cite itu ini tapi kdg2 wartawan je yg lebih2 menyanya itu ini, korunk semua ni mcm xtau la plak kije2 wartawan2 ni….alahai…..
Wartawan pon nak cari duit jugak. Korunk xsuka baca so ignore jela. Jgn buka page yg berkaitan shuib lagi.
Apa pon respectla …dia nk cite apa2 biar jela tu dah life dia….mmgla skrg smua org msih nak tau n masih amik berat sbb baru lagikan jadi. Apa2 pon hormatilah shuib dan ahli kluarga beliau dan ahli fmily Sarah . Xperlu kot korunk nk type tah hape2 nk guriskan hati dan perasaan org lain…..
Dunia ni sementara jer wahai sedara2 so jagalah kata2 anda, mulut2 anda, tgn2 anda. Xsuka jgn komen apa2. Masing3 ada kehidupan yg perlu tuk diteruskan ya ….
To Shuib Sabar ya….biasalah netizen msia ada msa dorg ni okei, ada msa dorg cepat fed up. Huhu….xpe teruskan kehidupan dgn penuh tabah, cekal dan kuat. Moga Allah lindungi ahli kluarga anda selalu amiiiinnnnn2
Wartawan takde cter lain la tu. Pegi carik ramai org susah yg perlu ditolong. Ramai lg org susa yg terlepas pandang. Byk lg org jadik anak yatim piatu tanpa pembelaan. Pegi carik cter yg lebih berfaedah. Aku pun memule kesian jugak, tapi kalo over yy amat. Naik rimas jgak. Cube utk tanak bace, tapi kalo dah tajuk ni je tak sudah2, naik lemas jgak,segala blogs, newspaper pun cter yg same. Mcm die sorang yg kehilangan keluarga.bosan
Jgn di ulangi. Dulu arwah dikutuk. Bila mati puji. Menangis. Ni shuib pulak. Betul tu wartawan pun jgn lah di cari dan di recycle cerita. Shuib ada part yg dia share sebagai ingatan…Lagipun kita tak tau hati dia mcm mana… Dia celebriti..arwah ni dikenali, ramai lagi mcm ni… Sbb dia terkenal org jadi peka, kkm juga…satu hikmah disebalik kehilanga arwah.. . Covid ni real.. Ambil nyawa org yg kita sayang. Minggu lepas ada sekarang tiada… Oxygen turun bukan boleh pam mcm basikal. Cukup lah…
Mmg pelik..buat pkp.lockdown.darurat bagai.tp kes makin naik..klu sekejap je naik ok jg tp ni dh berbulan..negara lain bila naik je skit kes baru buat lockdown..lpstu kes turun..tp malaysia kes mcm2 d buat siap darurat yg negara lain x buat tp kes naik terus..slh pengurusan .atau slh kerajaan.atau mmg sengaja buat slh?
Sengaja bt slh..sbb nk terus berkuasa..rasanyelhh..