fbpx

Shuib Sebak Anak Gadis Dah Masuk ‘Alam Dewasa’

Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsikan anak gadisnya, Dzakira Talita Zahra sudah pun ‘melangkah ke alam dewasa’ sebelum berbuka semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib dilihat sebak sambil menangis apabila satu-satunya anak perempuannya sudah menjadi anak dara dan momen itu akan dikenang sampai bila-bila.

BACA: Isu Stoking Kalimah Allah, Shuib Sanggup Lepaskan Status Duta KK Mart

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sementara tu, Shuib turut mendoakan agar anaknya itu menjadi seorang wanita yang solehah serta hebat di dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, Shuib turut bertanyakan adakah dirinya saja yang sedih dan menangis apabila anaknya melalui fasa tersebut atau ada bapa-bapa lain diluar  sana sama sepertinya.

Perkongsian Shuib itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sedih melihat momen berkenaan apatah lagi apabila anak itu sudah meningkat dewasa timbul perasaan mereka akan semakin jauh dan suatu hari akan ada kehidupan sendiri.