fbpx

Isu Stoking Kalimah Allah, Shuib Sanggup Lepaskan Status Duta KK Mart

Pelawak Shuib berkata sebagai seorang umat Islam dia mengakui sangat terkesan dengan isu stoking kalimah Allah membabitkan KK Super Mart.

Memetik Harian Metro, Shuib mengakui dia sendiri sangat marah apabila isu itu tular dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ianya hal yang terlalu besar.

BACA: Impian Shuib Nak Jumpa Arwah Siti Sarah Dalam Mimpi Tercapai

“Sebagai seorang umat Islam, saya terkesan sebenarnya. Tak sepatutnya berlaku dalam apa saja perniagaan dan situasi kerana kita akan marah. Kalimah Allah hal yang terlalu besar.

“Saya marah. Keji sangat apa yang berlaku. Tapi itulah, kes pun belum selesai, siasatan tengah dilakukan. Kalau benar, saya takkan menyokong, tidak akan mengiyakan langsung,” katanya.

Sementara itu, Shuib yang sudah empat tahun menjadi duta pasaraya tersebut memberitahu kontraknya masih panjang kerana baru perbaharuinya namun sedia melepaskan status duta jika kedai itu terbukti bersalah.

“Kalau begitu jalan ceritanya. Sebab saya sentiasa percaya rezeki. Tapi ikut mana pun, saya sentiasa meletakkan diri adalah seorang Islam,” katanya.

Terdahulu, pengurusan KK Super Mart diketuai KK Chai memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penjualan stoking itu serta-merta.

SUMBER: Harian Metro