fbpx

Shuib Rindukan Arwah Siti Sarah, Watie Tiada Rasa Cemburu

Isteri kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah berkata dia tiada rasa sedih mahupun cemburu apabila suaminya itu masih terkenangkan arwah isterinya, Siti Sarah.

Memetik mStar Online, Watie berkata kisah silam Shuib juga membuatkan dia mampu berada disisi pelawak itu dan meluahkan rasa syukur tiada perasaan cemburu mengenai perkara itu.

BACA: Pujuk Anak Tiri Merajuk, Watie Dipuji Netizen

“Sejujurnya tiada apa-apa perasaan… bagi saya apa yang menggembirakan hati dan mampu mengubat kerinduannya saya okay sahaja.”

“Bagi saya nak cemburu pada orang yang telah tiada pun buat apa, adanya saya di sini pun disebabkan kisah mereka yang sudah tiada.

“Saya terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu dalam diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Wati turut bersyukur apabila netizen diluar sana menyenangi hubungannya dengan Shuib serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

“Sebelum ini mungkin belum kenal saya lagi…Alhamdulillah sekarang sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan bersama Shuib.

“Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun pada saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kawin lagi beri kesan. Sebab takut sekiranya akan kecewakan mereka,” katanya.

Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Shah Alam.